Sunday 19 May 2013

22:42 - No comments

Romantika ala Rasulullah

Rasulullah s.a.w. sendiri sebagai contoh teladan terbaik bagi seorang suami yang mencintai dan menghargai isteri, banyak menunjukkan kasih sayangnya dalam bentuk non-verbal ini. Situasi ini dapat dilihat daripada hadis-hadis Baginda, antaranya:

1. Bersegera menemui isteri jika tergoda

Daripada Jabir, sesungguhnya  Nabi s.a.w pernah melihat seorang wanita, lalu Baginda masuk ke tempat Zainab, lantas menunaikan keinginan Baginda kepadanya. Setelah itu, Baginda keluar dan bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang antara kamu melihat seseorang wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita tersebut." (Riwayat al-Tarmizi)

2. Bergilir minum pada tempat yang sama

Daripada Aisyah r.ha., beliau berkata, "Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku, lalu Baginda minum. Kemudian aku mengambil cawan lalu aku menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya daripadaku, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku, lalu Baginda pun menghirupnya." (Riwayat Abdul Razzaq dan Sa'id bin Mansur)

Hadis di atas menggambarkan betapa indah kemesraan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada isteri Baginda, sekaligus menunjukkan bahawa Islam mementingkan komunikasi non-verbal ini. Sememangnya bahasa tubuh dalam banyak situasi dan kondisi, lebih efektif bagi menyatakan cinta dan kasih sayang antara suami isteri.

0 comments:

Post a Comment