Monday 14 April 2014

Resepi Istimewa: MANGO SAGO

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

 Lamanya sy x update blog ni.. TERsangat la lama. Bukan sebab bnyk sgt keje smpi xde masa nk buka blog ni..tp disebabkan bnyk sgt masa kosong smpi xtau nk bt apa..dok termenung je la kt ofis ni hehe..

 Eh ofis?? Untuk makluman sy tengah menjalani Latihan Industi (LI) kt salah satu syarikat pemberitaan, cawangan Sandakan. Start 3 Feb aritu.. so dh hmpir 3 bulan dh LI kt cni. LI ni mcm praktikal jgk, tp dia lma ckt. Sy ni LI 20 minggu / 5 bulan. So hbs hujung bln Jun ni..

Actually bnyk benda nk cerita..psl my pregnancy..psl my delivery..my lil baby..psl my LI..psl resepi yg dh bnyk sy try..n psl bnyk benda la.. tp sy start psl resepi dlu la sbb cerita ni mudah ckt hehe. Lgpn hari ni br ada kekuatan nk menaip :p

Ok back to the topic..MANGO SAGO.. Sy buat resepi ni weekend br2 ni. Dah lama teringin sejak pegi holiday kt KK with my family two weeks ago. So sy try buat la kt umah dgn harapan dpt rasa yg diinginkan :) Resepi asal sy tgk kt cni blog Stories of life and this blog Playing with flour




Blh dikatakan sy fully ikut resepi dr blog Playing with flour tu..tp sy buat dlm kuantiti yg lbh bnyk.. bhn2 main sukat jek :p

 Bahan-bahan:

 1 cawan sagu
 1 cawan susu cair
 3 sudu makan gula
 1 sudu makan susu pekat
 2 cawan jus mangga
 1 cawan air
 2 sudu makan tepung jagung
 2 biji mangga segar

 Cara-cara:

 1. Rendam sagu dlm air dlm 30 minit. Lepas tu masak sagu hingga jd jernih, basuh bersih2, tapiskan dan biar sejuk.

 2. Masukkan jus mangga, air, susu cair, susu pekat dan gula dalam periuk.. Masak smpi sdkt mendidih atau smpi gula larut.

 3. Masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dengan air terlebih dahulu. masak lagi smpi agak likat.

 4. Sejukkan bhn2 yg dimasak td.. kemudian baru masukkan sagu. Lepas dh msukkan sagu, saya sejukkan masuk dlm peti ais.

 5. Potong mangga saiz cube atau ikut kesukaan, then blh hidang letak atas air/campuran yg dh disejukkan tadi.


 Selamat mencuba :) Resepi ni memang sgt mudah dh sedap. Elok dimakan ketika cuaca tgh panas.

Friday 31 May 2013

DIY Baju Sanding

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat juga saya meneruskan sambungan post saya yang bertajuk 'DIY veil'. Oleh itu, seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan menerangkan sedikit sebanyak pengalaman saya yang lain ketika men-DIY baju sanding pada hari perkahwinan saya...



       Inilah baju saya...memang sangat simple tapi tidak kurang juga yang memujinya. Bak kata orang 'Less is More' hehe. Selain ramai yang tertarik dengan design baju saya ni, ramai yang memberi komen tentang padanan warna baju, bunga rose dan shawl yang sangat sesuai dan cantik.

       Sebenarnya, saya agak kesuntukan masa juga dalam membuat keputusan memilih warna dan design baju ni. Saya hanya ada masa kurang 2 bulan dalam membuat persiapan perkahwinan. Al-maklum lah..saya masih bergelar seorang pelajar hehe..dalam kesibukan belajar dan exam, saya mencuri sedikit masa untuk hari bahagia ini :)

        Okey, pada mulanya, saya banyak membeli majalah perkahwinan dan fesyen. Tapi tidaklah banyak sangat..dalam 2,3 buah saja. Kira banyak jugak la ye. Majalah-najalh tu pun bpleh tahan harganya hehe. Selepas meneliti design baju satu-persatu, saya memutuskan untuk membuat dress. Then, saya pergi membeli kain..saya memilih kain jenis chiffon, dan lining dia sekali. Saya shopping di kedai biasa je..KAMDAR! hehe.

       Setelah selesai membeli kain, saya menghantar kain tersebut kepada kawan kepada emak saya.. Mak cik inilah tempat kami selalu menghantar kain untuk dijahit..tidak kira untuk raya atau lain-lain acara. Saya membawa kain bukan dengan tangan kosong..tapi dengan lukisan design di kertas A4 hehe. tergelak mak cik tu tengok. Tapi dia lagi suka sebenarnya, tak ada lah salah faham nanti :)

       Lebih kurang dalam tempoh seminggu lebih, baju saya pun siap. Cuba bayangkan baju di atas tanpa bunga rose...macam tu la baju saya pada mulanya. Idea meletak bunga rose itu datang juga selepas membelek-belek majalah pengantin.. Selepas itu saya pun mencari-cari di ruangan blog dan juga facebook kalau-kalau ada orang yang menjual bunga rose tersebut. Akhirnya, saya pun terjumpa butik roses di facebook.  Saya membeli 50 kuntum roses yang diperbuat daripada chiffon dari butik roses ni.

       Then, dipendekkan cerita, saya pun mula menjahit/patch roses tersebut di atas baju dengan suka hatinya tanpa peduli orang kata heee :p lepastu saya tambah manik kat lengan dan bahagian bawah baju. Akhirnya hasilnya seperti di atas... :

p/s: rasa macam nak jual/sewa baju ni.. ada tak yang nak??

Thursday 30 May 2013

DIY Veil Nikah dan Sanding

Assalamualaikum...



Zaman sekarang, ramai bakal-bakal pengantin yang lebih suka DIY persalinan pengantin mereka. Jika bukan mereka yang buat atau jahit sendiri, pasti mereka upah orang lain untuk menghasilkan design atau fesyen baju mengikut citarasa mereka. Mungkin cara ini lebih memuaskan hati dan lebih kepada sentuhan kenangan yang akan berpanjangan nanti. Berlainan dengan baju yang sudah dibeli siap di kedai, bukan sahaja susah untuk mencari warna dan design mengikut kesukaan, malah harganya juga boleh tahan mahalnya hehe..

      Oleh itu, sebagai seorang yang 'berpengalaman' dalam DIY veil ini, saya akan ceritakan sedikit beberapa perkara yang agak signifikan ketika menghasilkan veil idaman hati setiap bakal pengantin. Tapi saya ni bukanlah berpengalaman sangat, cuma sekadar mempunyai pengalaman...hehe.

       Untuk pengetahuan, saya berkahwin pada bulan 8 tahun lepas. Kira nak dekat setahun dah..kira lama a juga kan.. Pengantin lama :) Saya mempunyai keinginan untuk membuat sendiri veil nikah dan sanding adalah kerana saya jenis orang yang agak cerewet dalam memilih. Tapi bukan bermaksud saya ni high-taste ya. Saya biasa-biasa saja, suka yang simple tapi mengikut citarasa saya sendiri.

       Maka, tersebutlah kisah saya men-DIY veil saya sendiri dengan penuh gigih. Usaha ini bermula dengan blog walking yang juga turut men-DIY veil, yang sudah mahir, yang mengambil upah untuk tempahan. Antara blog yang saya selalu kunjungi adalah non-cinderella story. Begitu juga dengan blog-jahitan yang mengajar cara menjahit, buat patch work dan sebagainya seperti butterflybeads. Pendek cerita, saya belajar buat veil ni memang boleh dikatakan dari BLOG sahaja. Lihat..begitu pentingnya dunia blog zaman sekarang.

Ini veil yang saya guna semasa nikah :) simple je kan..saya guna kain chiffon untuk buat veil ni..

Yang ini pulak masa sanding.. pun simple jgk kan :p


        Okey la..mungkin sampai di sini dulu post saya untuk kali ini. Nanti saya update pula pasal baju yang saya design ang add patch work sendiri hehe...rajin pula saya buat kan..:) ok..kalau ada pertanyaan, janganlah segan-segan tanya ye.. :))

Baju ni lagi la tersangat simple kan..:)
    



Sunday 19 May 2013

22:42 - No comments

Romantika ala Rasulullah

Rasulullah s.a.w. sendiri sebagai contoh teladan terbaik bagi seorang suami yang mencintai dan menghargai isteri, banyak menunjukkan kasih sayangnya dalam bentuk non-verbal ini. Situasi ini dapat dilihat daripada hadis-hadis Baginda, antaranya:

1. Bersegera menemui isteri jika tergoda

Daripada Jabir, sesungguhnya  Nabi s.a.w pernah melihat seorang wanita, lalu Baginda masuk ke tempat Zainab, lantas menunaikan keinginan Baginda kepadanya. Setelah itu, Baginda keluar dan bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang antara kamu melihat seseorang wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita tersebut." (Riwayat al-Tarmizi)

2. Bergilir minum pada tempat yang sama

Daripada Aisyah r.ha., beliau berkata, "Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku, lalu Baginda minum. Kemudian aku mengambil cawan lalu aku menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya daripadaku, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku, lalu Baginda pun menghirupnya." (Riwayat Abdul Razzaq dan Sa'id bin Mansur)

Hadis di atas menggambarkan betapa indah kemesraan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada isteri Baginda, sekaligus menunjukkan bahawa Islam mementingkan komunikasi non-verbal ini. Sememangnya bahasa tubuh dalam banyak situasi dan kondisi, lebih efektif bagi menyatakan cinta dan kasih sayang antara suami isteri.

Tuesday 14 May 2013

21:32 - No comments

Tahukah anda?

Makan berlebihan meningkatkan risiko masalah otak dan ingatan

Ramai yang sedia maklum makan berlebihan akan menyebabkan obesiti. Obesiti pula akan mendorong kepada peningkatan risiko-risiko penyakit berbahaya yang lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung serta bermacam-macam lagi jenis penyakit. Namun masih kurang yang menyedari makan berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit otak. Penyakit otak ini termasuklah kurang daya ingatan dan otak menjadi tumpul.
Dalam istilah sainsnya pula, penyakit ini lebih dikenai sebagai demensia dan Alzheimer. Demensia adalah sejenis masalah penyakit yang berkaitan dengan daya ingatan yang disebabkan oleh kematian sel-sel otak secara abnormal. Manakala Alzheimer merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer juga adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.
Satu kajian yang dijalankan tahun lepas berkenaan makan berlebihan melaporkan, tabiat makan berlebihan yang juga dikaitkan dengan pengambilan kalori yang banyak mampu menjejaskan fungsi otak.
David Loewenstein, seorang profesor psikiatri dan sains tingkah laku di University of Miami Miller School of Medicine, berkata peningkatan pengambilan kalori dikaitkan dengan obesiti dan sindrom metabolik, maka tidak menghairankan jika kalori meningkat juga dikaitkan dengan kemerosotan kognitif yang meningkat. Kajian ini menunjukkan bahawa apa-apa yang baik untuk jantung - seperti menurunkan pengambilan kalori - adalah baik untuk otak.
Satu kajian lain yang dilakukan di Mayo Clinic  juga membuktikan semakin banyak pengambilan makanan yang diambil setiap hari akan menyumbang kepada risiko yang lebih tinggi kepada masalah memori, dan mungkin penyakit Alzheimer apabila seseorang mencapai usia 70 tahun. Kajian ini dilakukan dengan menganalisis data kepada lebih daripada 1,200 warga emas di Olmstead County, Minnesota. Hasilnya, mereka mendapati terdapat dua kali ganda risiko kemerosotan ingatan di kalangan warga emas yang mengambil antara 2,143 dan 6,000 kalori sehari berbanding dengan mereka yang mengambil kalori antara 600 dan 1,525 sehari.
Berdasarkan kajian-kajian terbaru ini, maka jelaslah menunjukkan bahawa makan berlebihan bukan sahaja menyebabkan kegemukan dan penyakit kronik yang lain, malah berisiko mengganggu keberkesanan fungsi otak dan memori seseorang.
Namun, jika diteliti dengan lebih lanjut menurut kaca mata Islam, kajian-kajian di atas sebenarnya telah lama menjadi satu pesanan ataupun amaran daripada Allah dan Rasulnya kepada umat Islam seluruhnya.
Memang tidak dapat disangkal lagi, makan berlebihan mampu mengundang 1001 macam penyakit kepada tubuh badan manusia malah merupakan satu amalan yang dibenci oleh Allah. Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan makanlah dan minumlah, jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan.” (Surah Al-A’raaf:31) Rasulullah S.A.W. juga bersabda: “Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Rasulullah juga berpesan di dalam sambungan hadis di atas dengan sabdanya: “Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya, dan satu pertiga untuk nafasnya.”
Hadis di atas menjelaskan tentang larangan memakan makanan secara berlebihan kerana amalan tersebut pasti membawa kesan yang buruk kepada manusia. Penyakit-penyakit berbahaya akan mudah bersarang di dalam tubuh jika membiasakan perut diisi terlalu banyak sehingga menyebabkan kekenyangan yang melampau. Begitu juga dari sudut rohani. Perut yang terlalu kenyang akan mengakibatkan hati menjadi lemah seterusnya mempengaruhi corak pemikiran seseorang.
Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda lagi, maksudnya; “Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walaupun yang halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air.” Mematikan hati di dalam hadis di atas bermaksud apabila makan berlebihan akan menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan malas untuk melakukan aktiviti berfaedah seperti beribadah dan menuntut ilmu. Maka kurangnya ilmu di dada akan menyebabkan hati menjadi keras dan mati.
Selain itu, Luqmanul Hakim  juga pernah berpesan kepada anaknya tentang keburukan makan berlebihan. Apabila perut telah penuh maka fikiran pun akan tertidur, tidak dapat mendengar hikmah (pelajaran), dan anggota badan pun terasa berat dari ibadah. Berbeza dengan perut kosong dan lapar yang dapat membersihkan hati, menghilangkan sifat buruk, dan meningkatkan kecerdasan serta wawasan.
Bukan itu sahaja, bahana kekenangan ini juga diterangkan oleh Imam Al Ghazali di dalam Kitab Minhaj al-Abidin dan di dalam kitab Penawar Bagi Hati karangan Sheikh Abdul Qadir Bin Abdul Mutoli. Antaranya ialah, banyak makan itu mengurangkan kecerdikan dan kepintaran. Ia juga punca sukarnya memahami ilmu dan pengetahuan.
Sebagai kesimpulannya, amalan makan berlebihan perlulah dielakkan untuk memastikan kesejahteraan hidup berpanjangan. Harus diingati, untuk kekal produktif dan berwawasan, seseorang itu perlu menjaga perutnya dengan meneliti jumlah pengambilan makanannya. Pengambilan yang berlebihan pasti mengundang pelbagai penyakit bukan sahaja jasmani malah fungsi otak dan rohani.


Saturday 4 May 2013

22:53 - No comments

Dahulukan Ibu Bapa

Assalamualaikum..

Anak soleh tidak akan sekali-kali melebihkan dirinya mengatasi ibu bapa sehingga sanggup mendahulukan diri sendiri berbanding keperluan mereka.

     Jika semasa kita masih bergantung kepada ayah dan ibu walaupun untuk makan dan minum, mereka tidak pernah sekali-kali bertangguh memenuhi keperluan dan kehendak kita sebagai anak, apatah lagi mendahulukan keperluan mereka.

     Pentingnya akhlak mendahulukan ibu bapa dalam apa-apa urusan sekalipun agar mereka rasa dihargai dan dihormati.

1.  Jangan memanggilnya dengan nama

2.  Berjalan di hadapan mereka dengan izin

3.  Jangan duduk sebelum mereka duduk


Tips mendidik diri mendahulukan Ibu Bapa

-  Pupuk keperibadian anak kita sejak kecil lagi dengan teladan diri kita pada datuk dan neneknya
-  Galakkan diri kita bersikap positif
-  Tegur diri jika silap
-  Fikirkan akibat tidak mendahulukan ibu bapa
-  Terapkan nilai Islam dalm diri kita sepanjang masa
-  Didik diri kita sentiasa berpandukan batasan kebebasan tertentu
-  Jangan menghukum kesilapan ibu bapa dengan berlaku biadap tanpa berfikir positif dan berbaik sangka terlebih dahulu

Thursday 2 May 2013

22:00 - No comments

Sifir Sedekah

Sifir Sedekah: Ilmu yang menjadikan anda kaya serta merta


Dewasa kini, amalan bersedekah dan bantu-membantu sudah tidak asing lagi dalam  kalangan penduduk berbilang kaum serta budaya di negara ini. Malah sikap ini terus berkembang merentasi sempadan dunia hingga sampai ke negara-negara yang memerlukan bantuan.

Hal ini kerana  semua fahaman dan agama yang berbeza mempunyai prinsip-prinsip amalan nilai murni yang sama. Agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, malah ajaran Confucius dan Taoist juga mengajar penganutnya agar sentiasa menjaga kebajikan masyarakat sekeliling dengan cara berkasih sayang dan saling membantu.

Perbuatan Baik adalah Sedekah



            Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti lebih peka terhadap kesulitan dan kesusahan yang dihadapi oleh saudara-saudara mereka di seluruh dunia.  Apatah lagi bila diwar-warkan berkenaan kisah penderitaan yang telah lama ditanggung oleh saudara mereka sejak lebih 60 tahun dahulu, tidak lain tidak bukan, rakyat di bumi Palestin.

Selain terus-menerus mengirimkan doa dari kejauhan, umat Islam tidak pernah putus dari memberikan pertolongan dari segi wang ringgit, makanan, pakaian dan juga perkhidmatan sukarelawan. Inilah yang diterjemah sebagai sedekah dan bantu-membantu. Kenapa sedekah dan bantu-membantu itu sering beriringan? Ini kerana ia adalah dua sikap yang lebih kurang sama. Kita membantu orang yang berada dalam kesusahan, ia juga dikira sedekah. Malahan, senyuman manis dan perkataan baik yang mendamaikan hati dan telinga orang yang mendengar pun adalah sedekah. Subhanallah!

            Sungguh, Maha Suci Allah yang menciptakan sedekah. Amalan kebaikan yang mudah dalam bentuk apa jua sekalipun, ia dikira sedekah. Seperti yang terdapat di dalam hadith Rasulullah saw. : Daripada Abu Hurairah “Telah bersabda Rasulullah saw setiap anggota badan manusia adalah bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, berkata yang baik itu adalah sedekah, setiap langkah berjalan untuk solat adalah sedekah, dan menyingkirkan suatu halangan dari jalan adalah sedekah.” [Bukhari no. 2989, Muslim no. 1009] 

Masih Kurang Faham

Namun, tidak pula dinafikan masih ada segelintir masyarakat yang kurang prihatin tentang impak positif amalan sedekah ini terhadap dirinya dan juga masyarakat. Masih ada yang segan silu menghulurkan bantuan walau mempunyai banyak kelebihan, apatah lagi sedikit. Mereka berasa kurang apabila memberi. Juga berasa takut akan kehilangan barang kesayangan. Mereka inilah yang kurang kefahaman dan keyakinan tentang kelebihan-kelebihan bersedekah seperti mana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan Sunnah.

            Mungkin juga ada yang sengaja tidak mahu memahaminya kerana hawa nafsu telah bermaharajalela di dalam sanubari, ingin mengaut segala keuntungan yang ada di dunia yang fana ini. Sehingga lupa akan kewajipan membantu saudara seagama, dan lebih teruk lagi alpa (leka) dari mengingati bahawa kehidupan bukan terhenti setakat di sini. Padahal bagi manusia yang percaya akan Allah dan Rasul-nya serta hari pembalasan,  apa yang telah mereka lakukan di atas dunia, semua punyai dimensi akhirat.

Sifir Sedekah

Bagi yang kurang faham, bukalah hati dan minda untuk memahami betapa besarnya ganjaran yang telah Allah sediakan untuk hambanya yang suka bersedekah. Sifir ini termaktub di dalam al-Quran, Surah al-An’am, ayat 160, yang bermaksud, “Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya.”

            Ustaz Yusuf Mansur, pengetua Pondok Pesantren Daarul Quran Bulak Santri, Indonesia, dalam ceramahnya yang bertajuk keajaiban sedekah, beliau telah menerangkan ayat al-Quran di atas dengan panjang lebar bersama contoh dan persoalan yang mampu membuat kita terkedu dek terkena batang hidung sendiri.

Menurut dalil al-Quran di atas, setiap kali kita memberi satu, kita akan mendapat 10. Asalnya, sekiranya kita ada 10, kita berikan satu pada orang lain yang memerlukan, baki yang kita ada ialah sembilan: ( 10 – 1 = 9 ). Tetapi bila kita aplikasikan formula sifir sedekah dalam konteks ini, nilaian satu yang kita telah berikan itu akan digandakan dengan sepuluh. Oleh itu, baki yang kita miliki selepas memberi satu tadi bukanla sembilan,  tapi 19.          ( 10 – 1 = 9) Ini adalah jumlah yang kita miliki selepas memberi atau bersedekah. ( 1 x 10 = 10), manakala ini pula adalah aplikasi sifir sedekah tadi. Beri satu, digandakan dengan 10. Natijahnya, baki yang kita ada apabila ditambah dengan gandaan 10 td, jadilah 19, (9 + 10 = 19 ). Jika beri dua, maka hasilnya akan dapat 28, dan begitulah seterusnya.

Jika kita memberi, memang secara zahirnya apa yang kita miliki itu akan berkurang. Namun ia bertambah di sisi Allah SWT malahan ganjarannya boleh sampai sehingga 700 kali ganda. 
Sebagaimana dalam firman Allah, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.”  Surah al-Baqarah, ayat 261.

Kaya Serta Merta

Bila sudah memahahami  sifir sedekah di atas, maka yakinlah sedekah akan menjadikan kita kaya dengan sekelip mata. Masakan tidak kaya, bila memberi satu, bukan berkurang tetapi ditambah dengan gandaan 10. Malah boleh digandakan hingga 700 kali ganda. Bayangkan, jika kita bersedekah RM5 kepada seorang peminta sedekah, bila di ganda dengan 10, maka hasil yang kita dapat adalah RM50. Kalau digandakan lagi dengan 700, jumlahnya RM35000! Subhanallah. Inilah bukti bahawa Allah itu Maha Pemurah.

Walau bagaimanapun, bila kita memberi dengan ikhlas, insyaAllah segala bentuk pulangan atau ganjaran pasti dapat dilupakan. Memang, tidak salah kita berpegang dengan janji Allah yang akan menggantikan pemberian kita dengan gandaan 10 sama seperti apa yang kita beri, malah itulah tuntutan. Tetapi jangan sampai hal ini menyebabkan kita sentiasa tertunggu-tunggu ganjaran tersebut sehingga kita mempersoalkannya suatu hari nanti. Nauzubillah. Apabila Allah sudah berjanji, maka yakinlah ia pasti terjadi. Allah maha menepati janji.

Kita harus sentiasa beringat, jika tidak diberikan ganjaran dalam bentuk yang sama, pasti Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Kalau tidak dapat di dunia, percayalah di akhirat lagi besar ganjaran yang Allah simpan untuk hambanya yang benar-benar ikhlas dalam bersedekah. Bukankah hari akhirat itu jauh lebih baik dari dunia?

Allah berfirman, Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi Segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan Dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan Yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat).”  Surah al-Ankabut, ayat 64.

Fikir Sejenak

            Cuba bayangkan sebentar, kita berhajat hendak pergi ke pasar, semasa dalam perjalanan ke pasar, kita melalui satu lorong di mana ada seorang lelaki yang telah uzur, terperuk di pinggir jalan. Badannya lemah, matanya sayu, lalu dia menghulurkan tangannya kepada yang lalu-lalang di situ. Bergetar hati kita, mahu memberikan sedikit bantuan kepada lelaki itu. Lantas tangan meraba poket mencari kalau-kalau ada yang boleh diberikan.

            Helaian duit warna biru kehijauan ada dua, warna merah ada lima, warna biru yang berukuran kecil sedikit ada satu. Jadi jumlahnya semua RM151. Agak-agaknya, mana satu yang kita akan berikan pada lelaki itu? Tepuk dada, tanyalah iman.


Akhir kalam, semoga kita tidak menjadikan sedekah hanya satu kebetulan. Jika tidak ke masjid, tidaklak bersedekah. Jika bukan hari Jumaat, tiadalah yang mahu disumbangkan,  tetapi jadikanlah ia sebagai amalan harian kita. Kalau tiada yang meminta, kitalah yang mencarinya. Alangkah hebatnya seorang muslim yang tidak akan tenang hatinya jika tidak dapat memberi dalam sehari.