Thursday, 18 April 2013

22:28 - No comments

MERANCANG ZURIAT SOLEH

Zuriat ataupun anak soleh adalah impian setiap pasangan suami isteri beragama Islam di atas muka bumi ini. Walaupun ianya bergantung kepada rezeki yang ditetapkan oleh Allah kepada hambanya, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memperoleh yang terbaik dengan bermacam-macam cara.

     Berkata Mujahid bin Jabr: "Sesungguhnya Allah menjadikan anak dan cucu yang soleh daripada ibu bapa yang soleh." Kata-kata ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa untuk mendapatkan anak yang soleh haruslah bermula daripada kita, ibu bapa agar menjadi yang soleh terlebih dahulu.

     Berikut adalah sedikit panduan dan peringatan untuk kita bersama mendapatkan anak yang soleh..anak jaminan dunia akhirat kita, insya-Allah.

Sebelum mengandung

1. Melazimkan ibadah dan menjauhi maksiat
2. Memilih pasangan yang soleh
3. Melakukan akad nikah yang menepati sunnah
4. Meminta perlindungan Allah ketika jimak
5. Bagi pasangan yang belum mendapat anak, digalakkan agar banyak memperbanyak:
   - istighfar
   - sedekah
   - doa

Semasa mengandung

1. Pada 3 bulan pertama

Jika keguguran:  Janin yang gugur dalam tempoh ini dan tidak didapati tanda-tanda ia hidup, maka memadai dibalut dengan kain lalu dikuburkan. Tidak perlu dimandikan dan disolakan.

2. 4 bulan dan ke atas

Jika keguguran:  Janin yang gugur pada usia 4 bulan dan tidak didapati tanda-tanda ia hidup, maka wajib dimandikan, dikafankan, lalu dikuburkan tanpa solat jenazah. Jika didapati tanda-tanda ia hidup seperti bergerak atau menangis, maka hukumnya seperti orang dewasa iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikiburkan.

3. Amalan (Sepanjang 9 bulan)

Janin amat terpengaruh dengan ibu. Jika ibunya tertekan, ia pasti tertekan. Maka pastikan si ibu sentiasa tenang dan positif. Lakukan:

-  Banyakkan solat, bertaubat, berzikir, beristighfar dan membaca al-Quran
-  Berakhlak mulia: lebih banyak bersangka baik, sabar dan memaafkan
-  Membaca buku yang berinspirasi atau mendengar tazkirah
-  Mendengar alunan al-Quran dan zikir

Elakkan:

-  Sikap negatif: marah-marah, buruk sangka
-  Menonton filem-filem thriller dan seram serta tidak berakhlak
-  Mendengar muzik yang membingitkan dan melalaikan





0 comments:

Post a Comment