Thursday, 30 May 2013

DIY Veil Nikah dan Sanding

Assalamualaikum...



Zaman sekarang, ramai bakal-bakal pengantin yang lebih suka DIY persalinan pengantin mereka. Jika bukan mereka yang buat atau jahit sendiri, pasti mereka upah orang lain untuk menghasilkan design atau fesyen baju mengikut citarasa mereka. Mungkin cara ini lebih memuaskan hati dan lebih kepada sentuhan kenangan yang akan berpanjangan nanti. Berlainan dengan baju yang sudah dibeli siap di kedai, bukan sahaja susah untuk mencari warna dan design mengikut kesukaan, malah harganya juga boleh tahan mahalnya hehe..

      Oleh itu, sebagai seorang yang 'berpengalaman' dalam DIY veil ini, saya akan ceritakan sedikit beberapa perkara yang agak signifikan ketika menghasilkan veil idaman hati setiap bakal pengantin. Tapi saya ni bukanlah berpengalaman sangat, cuma sekadar mempunyai pengalaman...hehe.

       Untuk pengetahuan, saya berkahwin pada bulan 8 tahun lepas. Kira nak dekat setahun dah..kira lama a juga kan.. Pengantin lama :) Saya mempunyai keinginan untuk membuat sendiri veil nikah dan sanding adalah kerana saya jenis orang yang agak cerewet dalam memilih. Tapi bukan bermaksud saya ni high-taste ya. Saya biasa-biasa saja, suka yang simple tapi mengikut citarasa saya sendiri.

       Maka, tersebutlah kisah saya men-DIY veil saya sendiri dengan penuh gigih. Usaha ini bermula dengan blog walking yang juga turut men-DIY veil, yang sudah mahir, yang mengambil upah untuk tempahan. Antara blog yang saya selalu kunjungi adalah non-cinderella story. Begitu juga dengan blog-jahitan yang mengajar cara menjahit, buat patch work dan sebagainya seperti butterflybeads. Pendek cerita, saya belajar buat veil ni memang boleh dikatakan dari BLOG sahaja. Lihat..begitu pentingnya dunia blog zaman sekarang.

Ini veil yang saya guna semasa nikah :) simple je kan..saya guna kain chiffon untuk buat veil ni..

Yang ini pulak masa sanding.. pun simple jgk kan :p


        Okey la..mungkin sampai di sini dulu post saya untuk kali ini. Nanti saya update pula pasal baju yang saya design ang add patch work sendiri hehe...rajin pula saya buat kan..:) ok..kalau ada pertanyaan, janganlah segan-segan tanya ye.. :))

Baju ni lagi la tersangat simple kan..:)
    



2 comments:

as salam. hari tu ada drop dkat blog sy tanya berkenaan EBM naik flight. sy naik AA. Xpayah declare pun ok. masa checking polis dorang tanya juga. then kalau boleh jangan pilih seat yg dekat pintu emergency tu, sebab kita xboleh pegang cooler box tu kena letak atas. takut nanti terbuka jatuh pulak ais. heheh

TQ..:) alhmdlh slmt jgk sy bw blk EBM haritu..tp msuk kargo.. sy simpan EBM dlm box polistrin putih dh.. Selamat smpi sandakan, box sy tu pn slmt gak pecah hehe..tp susu smua slmt alhmdlh.. ms kt scan, dorg ok je..;)

Post a Comment