Tuesday, 12 March 2013

CUCUR MANIS..semanis senyumanmu :)

Assalamualaikum pembaca budiman sekalian :)

Hari ini adalah hari Isnin. Ada yang puasa sunat tak hari ini? Kalau ada angkat tangan..hehe. Puasa ganti? Pun kira jugalah..kalau malu nak angkat tangan, angkat kening pun boleh :p Bagi yang angkat tangan, saya ucapkan jutaan tahniah kepada anda kerana dapat mengamalkan amalan sunat seperti ini.

         Puasa sunat Isnin dan Khamis sememangnya satu amalan yang perlu diamalkan oleh kita semua. Secara umumnya, puasa sunat bukan sahaja dapat mengawal  nafsu makan dan minum, tetapi juga dapat mengawal nafsu-nafsu yang lain seperti marah, syahwat, dan sebagainya. Selain itu, puasa sunat yang selalu diamalkan akan menjadi satu latihan yang mapan untuk kita menempuhi puasa wajib selama sebulan nanti.

         Alhamdulillah, saya berpeluang berpuasa sunat hari ini. Ucapan tahniah untuk diri sendiri :) Tetapi, disebabkan agak lama tidak berpuasa sunat, bangun awal pagi lagi perut sudah terasa kosong hehe. Dalam hati cepat-cepat ingatkan yang saya berpuasa hari ini. Set minda perlu ditukar segera agar perut taklah mengada-ada nak minta diisi :p

           Niat puasa diteruskan walaupun kuliah/kelas penuh pada hari Isnin. Tetapi..masih ada tapinya.. apabila masuk ke waktu petang, kuliah pukul 2-4 petang, perut betul-betul rasa pedih. Biasalah tu.. Itulah namanya puasa, bersabar menahan lapar dahaga :) Tapi lg..saya mengambil sedikit kesempatan semasa kuliah untuk memujuk perut yang lara hehe. Saya buka hp, saya search google : Resepi Cucur Manis. Tiba-tiba tekak rasa nak makan cucur manis. Setelah mencari-cari resepi yang paling mudah, saya pun membuat keputusan untuk mencuba resepi cucur tersebut. Kira cucur ni sebagai kuih berbuka puasa lah :)

          Jadi, berbalik kepada tajuk (sebab macam lari sikit dari tajuk ni hehe), saya akan tunjukkan serba sedikit cara membuat cucur manis ni. Resepi memang mudah dan cepat. Sebelum itu, saya minta kawan-kawan semua jangan gelak tau tengok hasil cucur yang tidak seberapa hasil air tangan saya hehe..




RESEPI CUCUR MANIS

Bahan-bahan:
Tepung gandum - 2 gelas (atau ikut suka)
Baking powder - 2 suduh teh
Soda bikarbonat - 1 sudu teh
Gula - 5 sudu makan (atau ikut citarasa)
Susu segar atau susu cair - 1 gelas
Air - ikut keperluan

Cara-caranya:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Masukkan gula yang dibancuh dengan sedikit air panas/suam dahulu, gaul sebati.
3. Masukkan susu segar, gaul lagi.
4. Tambahkan air jika adunan pekat. Gaulkan adunan hingga likat dan sebati tanpa ada biji-biji atau ketulan tepung.
5. Masukkan adunan tadi menggunakan sudu makan di dalam minyak yang betul-betul panas. Kalau tak panas sangat, nanti dia kurang menjadi atau kurang kembang. Macam saya punya kat atas tu hehe.
6. Goreng macam cucur biasa. Angkat bila sudah keperangan.


          Macam mana? Senang je kan buat resepi ni..:) nanti bila ada masa terluang, cubalah buat. Sedap tau cicah dengan susu. Tapi janganlah banyak sangat susunya tu, kan cucur dah manis. Lagi satu, saya nak minta maaf sebab cucur dalam gambar di atas memang kurang menjadi. Saya masak dalam rice cooker, tu yang tak kembang sangat hehe. Apapun, Jacob's adalah penaja utama post kali ni :p

p/s: TQ pada Mira sebab bagi strawberi untuk berbuka puasa. Lain kali bagi durian pula ye. Boleh buat pengat durain pula hehe :)

0 comments:

Post a Comment